10 TEMPAT WAJIB PERGI DI MELAKA


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali ini admin nak share sikit tentang 10 tempat menarik di Melaka

Walaupun rata-rata, ada yang tahu mana dah nak pergi bila sebut negeri Melaka ni, tapi mungkin ada yang terlepas pandang beberapa tempat. Lagi-lagi, yang tak biasa datang Melaka.

Jom terjah!


1. A'Famosa

Dibina pada tahun 1511, A'Famosa pernah suatu ketika dahulu mengelilingi kota Melaka namun kini yang tinggal cuma pagarnya sahaja. Dibina dengan arahan daripada Alfonso De Albuquerque.



2. Jonker Street

Sangat sesuai dikunjung pada hujung minggu kerana banyak pelancong dan pelawat daripada serata dunia berkumpul di jalan ini lebih-lebih lagi pada waktu pasar malam.



3. Christ Church

Dibina oleh Belanda apabila mereka ambil alih Melaka daripada Portugis. Terletak di sepanjang Jalan Gereja, bangunan merah ini mempunyai lambang salib berwarna putih di atasnya.



4. Stadthuys

Bangunan yang suatu ketika dahulu merupakan kediaman rasmi gabenor Belanda. Dipercayai merupakan banguna Belanda tertua yang masih berdiri teguh sehingga kini.



5. Gereja St. Paul

Kesan tinggalan Gereja St. Paul berada di Bukit St. Paul. Dibina di atas tapak istana sultan terakhir oleh seorang kapten Portugis.



6. Malacca Butterfly and Reptile Sanctuary

Syurga haiwan yang terdiri daripada rama-rama ke lebih daripada 20 spesies ular, serta cicak, buaya, ikan koi dan hedgehog.

Rama-rama (Ella)



7. Istana Sultan Melaka

Replika istana abad ke-15 Sultan Mansur Shah. Dibina pada tahun 1985 dengan kaedah dan bahan tradisional.



8. Menara Taming Sari

Dibuka pada 18 April 2008, menara ini merupakan menara gyro pertama di Malaysia. Berketinggian 110 meter, strukturnya menawarkan pemandangan panorama 360 darjah kota Melaka.



9. Baba Nyonya Heritage Museum

Dibina pada tahun 1896, bangunan ini merupakan kumpulan rumah-rumah yang disusun menyerupai kediaman Baba-Nyonya abad ke-19.



10. Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park

Taman budaya di mana model-model rumah tradisional Malaysia dan ASEAN dibina dan terbuka kepada pelancong.



Sekian sahaja untuk entry kali ini.

Semoga kalian mendapat manfaat.

Selamat datang ke Melaka.

Salam sambut.

Kecil tapak tangan,
Nyiru saya tadahkan.

Dari Melaka ke negeri Pahang,
Singgah di Johol beli berangan;
Saya ucapkan selamat datang,
Apa yang kurang dicaci jangan.

Melenggang hai mele---

Eh jauh pula perginya



Assalamualaikum dan salam sejahtera

:)

Comments

Popular Posts