Review Homestay (2018) [Thai Film]
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Oleh sebab kita tak nak blog ni sunyi macam tempat jin bertendang, jadi kita akan cuba penuhkan (mana yang boleh) dengan entry yang berkaitan homestay, ya?
Saya tak ada harapan (expectation) apa-apa sebelum tonton cerita ni. Cuma perkataan HOMESTAY itu yang menarik perhatian saya sebab...
FIRAS PLACE HOMESTAY kan...
:)
Ok, cerita ni berasal dari Thailand. Walau bagaimanapun, cerita asal ini diadaptasi daripada novel Jepun yang bertajuk 'カラフル (karafuru=colorful)' oleh Eto Mori yang diterbitkan pada tahun 1999.
Mungkin satu hari nanti saya akan buat review tentang versi anime adaptasi novel ini pula yang terbit pada tahun 2010, lapan tahun sebelum filem Thai ni.
Macam saya cakap, saya tak letak apa-apa harapan sebelum tengok cerita Homestay ni. Tapi awal filem, kita dah rasa tense, lagi-lagi sudut kameranya POV, yang mana kita nampak apa yang watak utama nampak kat depan mata dia.
Beberapa minit lepas tu, ditukar dari sudut POV kepada sudut yang kita boleh nampak watak utamanya. Lepas tu, ditunjukkan (flex sikitlah) CGI dia yang mantap.
Berjalan di tepi bangunan hospital 90° menegak, tambah pula waktu hujan. Terbaiklah CGI dan sinematografi!
---SPOILER ALERT---
Tak sudah dengan tu, sekarang kita diberikan fakta yang dia sebenarnya dah mati, tapi diberi peluang kedua untuk hidup dalam badan budak lelaki yang baru mati bunuh diri. Ini hukuman yang dia terima sebab ada buat perkara buruk sebelum dia mati dulu.
Daripada sinilah datangnya istilah 'homestay', yang mana dia cuma ada 100 hari dalam badan sementara ni. Oleh sebab itu, badan itu dipanggil 'homestay'. Untuk terus hidup dalam badan ni, dia kena cari punca kenapa budak lelaki ni bunuh diri.
Dia flex CGI lagi...kali ni time frezee effect pula...ala-ala Mannequin Challenge dulu tu...apa pun terbaiklah...
Bermulalah perjalanan si watak utama ni, Min untuk mencari punca diri dia (budak lelaki tu) bunuh diri. Min dibawa pulang dan pada mulanya dia tak sedar pun ada sebarang masalah pada budak Min ni. Tapi, lama-kelamaan, satu persatu mula terbongkar. Bermula daripada si abang, Menn, kemudian budak perempuan yang dia suka, Pie, kemudian emak dia...rahsia demi rahsia yang mana dia anggap sebenarnya semua orang punca budak lelaki ni bunuh diri...
Tapi...jawapan dia salah!
Nak tahu jawapan yang betul, ada di hujung cerita ni. Perlu bongkar mengikut alur cerita ni, baru dia akan beri impak besar dan seriau (berdiri bulu roma)...
Tema utama filem ni sebenarnya nak bagi kesedaran tentang suicide trend tapi tema ni ditenggelamkan sedikit untuk tak bagi tense sangat...sebab di sebalik tema asal filem ni iaitu thriller fantasy, rom-com (romantic comedy) nya tetap ada dan terserlah sepanjang filem ni.
Dan ya, saya amat terkesan dengan filem ni...lebih-lebih lagi mesej tentang suicidal thought dan 1001 sebab kenapa kita tak sepatutnya buat benda terkutuk tu. Antara filem yang menyentuh tentang bunuh diri ni dan sangat berkesan walaupun temanya bukan itu, tak lain tak bukan ialah '3 Idiots (2009)', filem dari India.
Kita international sikit entry review kali ni :)
Dan tak salah kalau saya sebut, filem tergempak yang saya pernah tengok dalam hidup saya.
Tekanan hidup mahasiswa universiti dan kolej yang mengejar nombor satu seperti 'machine' membuatkan pelajar ni akhirnya buat keputusan melulu dan menamatkan riwayat sendiri.
Okay, buangkan dulu mood sugul dan galau sebentar...
Senyum :)
Kita kembali pada filem asal kita...
Siapa yang pernah tengok cerita 'Chalard Games Goeng (Bad Genius) [2017] mungkin akan cam watak utama dalam filem Homestay ni, iaitu Teeradon Supapunpinyo.
Dan satu lagi watak utama yang melengkapkan drama ini adalah salah seorang ahli BNK48, Cherprang Areekul
Sebenarnya, boleh expect cerita ni bagus sebab dikeluarkan oleh Studio GDH 559 yang keluarkan cerita Bad Genius, The Promise, Brother of the Year, etc.
Holding up to their reputation
Pengarah pula tak kurang hebatnya. Parkpoom Wongpoom, yang pernah menjadi co-director untuk filem seram Shutter (2004) yang pecah panggung sehingga diadaptasi ke layar perak AS dan India.
Konklusinya, tengok jangan tak tengok bagi yang belum tonton cerita ni.
You're missing out!
Dengan ini, habislah entry kali ni, tak nak bongkar sangat plot cerita ni, nanti tak syok. Dan yang paling penting ada plot twist kat hujung cerita ni.
Assalamualaikum dan salam sejahtera












Comments
Post a Comment