10 TEMPAT WAJIB PERGI DI MELAKA
Assalamualaikum dan salam sejahtera Kali ini admin nak share sikit tentang 10 tempat menarik di Melaka Walaupun rata-rata, ada yang tahu mana dah nak pergi bila sebut negeri Melaka ni, tapi mungkin ada yang terlepas pandang beberapa tempat. Lagi-lagi, yang tak biasa datang Melaka. Jom terjah! 1. A'Famosa Dibina pada tahun 1511, A'Famosa pernah suatu ketika dahulu mengelilingi kota Melaka namun kini yang tinggal cuma pagarnya sahaja. Dibina dengan arahan daripada Alfonso De Albuquerque. 2. Jonker Street Sangat sesuai dikunjung pada hujung minggu kerana banyak pelancong dan pelawat daripada serata dunia berkumpul di jalan ini lebih-lebih lagi pada waktu pasar malam. 3. Christ Church Dibina oleh Belanda apabila mereka ambil alih Melaka daripada Portugis. Terletak di sepanjang Jalan Gereja, bangunan merah ini mempunyai lambang salib berwarna putih di atasnya. 4. Stadthuys Bangunan yang suatu ketika dahulu merupakan kediaman rasmi gabenor Belanda. Dipercayai merupakan banguna Beland...

