Review Colorful (2010) [Japanese Anime]
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Entry kali ini adalah entry kedua mengenai film review. Berkait rapat dengan review pertama kita iaitu 'Homestay (2018)'. Istilah 'homestay' pun ada dalam anime ni, cuma tak diketengahkan macam dalam filem Thai tu.
Bagi sesiapa yang belum baca, sila klik link bawah ni (untuk lebih memahami review ini)
REVIEW HOMESTAY (2018) [THAI FILM]
Straight to the point, anime Colorful ni, saya ada expectation tinggi sebab dah tengok live action versi Thai. Kalau yang review filem pertama, saya tak ada expectation dan hasilnya mindblowing.
Cuma...
Tengok muka dia kecewa...macam tulah muka saya...
Agak kecewa...sebab watak utama dia tak ada protagonis perempuan yang melengkapkan protagonis lelaki. Seratus peratus pada watak lelaki ni, Makoto dan semua watak dalam cerita ni perwatakannya 'longgar' dan kita tak dapat nak immerse dan emphatize dengan mereka.
Contohnya, perempuan yang Makoto suka, Hiroka, tak dapat emosi dia macam Pie dalam Homestay yang kita akhirnya tahu punca dia jadi macam tu.
Abang dia, Mitsuru yang kita dapat tahu kepayahan dia untuk masa depan adik dia tapi tak cukup rasa terharu sebab tak ada jalan cerita yang menunjukkan ke arah itu, kecuali abang dia jumpa dia kat depan tempat dia selalu main masa kecil-kecil.
Mak dia yang pernah 'buat masalah' tapi tak dapat nak empathize sebab tak ada jalan cerita yang menunjukkan benda tu terjadi dan penyesalan mak dia yang kurang jelas.
Taklah semuanya tak elok, persahabatan dia walaupun nampak awkward pada mulanya, bersama Saotome ni sangat bagus lagi-lagi lepas tuan punya badan (homestay) Makoto ni baru lepas bunuh diri dan persahabatan sangat membantu dalam proses pemulihan.
Selain daripada tu, tak ada apa nak komen sebab jalan cerita utamanya hampir sama. Cuma watak Guardian dalam Homestay tu sama dengan watak roh neutral bernama Purapura (LOL nama). Dan watak Purapura ni sama sepanjang filem tetapi watak Guardian bertukar-tukar mengikut kesesuaian jalan cerita.
Purapura (Colorful):
Guardian (Homestay) dengan enam rupa:
Yes, you see it right!
Rupa terakhir yang dia gunakan adalah rupa watak utama tu sendiri yang mana menambah seri dalam filem versi Thai ni berbanding hanya satu watak Purapura.
P/S: Credit scene kata banyak rupa lagi tapi tak jumpa pun, deleted atau extended scene kot...
Dengan ini, habislah entry kali ini. Kalau dah tengok yang versi Thai mesti dah faham kot plot twist dia. Tapi idea asal, kudos tetap diberikan kepada penulis asal novel ni, Torajirou Kishi yang mengetengahkan tema kecenderungan membunuh diri dan menyampaikan mesej dengan cara halus dan 'happening' (colorful)
Pun intended
Assalamualaikum dan salam sejahtera

















Comments
Post a Comment